Saturday, October 23, 2010

falsafah pendidikan guru

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru:
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

Matlamat Pendidikan Guru:
Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, sosial dan amalan tingkah laku menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.


gambar kenangan bersama tc Rosnani. Beliau merupakan guru Biologi disekolahku. Banyak kenangan yang ditinggalkan pada zaman persekolahan. Beliau merupakan orang yang banyak memberi kata-kata semangat kepada kami. Sehingga kini, aku masih ingat pada kata-katanya. Terima kasih cikgu.. Tanpamu, aku tidak akan sampai ke tahap ini. 

falsafah pendidikan sains

'Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara,Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetetif, dinamik,tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi'.

Apa yang diperihalkan dengan jelasnya menunjukkan bahawa negara ingin mewujudkan masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi. Bermakna bahawa selain daripada mewujudkan saintis dan teknorat yang secara langsung akan memajukan negara, individu secara keseluruhannya perlu celik sains dan teknologi. Maka, dari itulah pendidikan sains yang dirancang adalah berteraskan proses, hasil dan sikap yang laksanakan di sekolah-sekolah kini. Berhubungan dengan apa yang dipanggil modal insan yang termasuk dalam agenda untuk rancangan Malaysia ke-9.

falsafah pendidikan kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Wednesday, October 20, 2010

Realiti hidup..

Sebagai insan yang bergelar khalifah di muka bumi ini banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Tanggungjawab sebagai hamba Allah, sebagai seorang anak, sebagai pelajar dan juga sebagai anggota masyarakat. Tanpa kita sedar, kita telah mengabaikan tanggungjawab tersebut terutamanya tanggungjawab sebagai hamba Allah dan juga sebagai anak. Kadang-kadang, tanpa kita sedari, kita telah mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Setiap hari, kita sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar; menyiapkan tugasan, berpersatuan serta menghabiskan masa dengan kawan-kawan sehingga orang yang telah bersusah payah untuk kita dilupakan sama sekali..Ibu bapa kita tidak mengharapkan apa-apa, sekadar mahu kita bertanyakan khabar mereka.. Semoga kita mampu untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaik mungkin..insyaAllah..